Program ini bermula pada tahun 2005 semasa JAKIM Sabah menganjurkan Kursus Peningkatan Daie di Masjid Negeri Sabah. Tuan Hj Nicholas Sylvester telah dijemput untuk meberi pendedahan tentang ajaran Kristian selama 2 hari. Bermula dengan kursus ini di Kota Kinabalu, ia terus dianjurkan di 6 atau 7 bahagian lain di sabah antaranya Kota Marudu, Tawau, Sandakan, Keningau dll. Setelah saya dan rakan-rakan mengikuti program ini, kami merasakan ilmu yang dicurahkan oleh tuan Hj Nicholas perlu disampaikan kepada golongan sasaran khususnya remaja lantas beberapa siri perbincangan dilaksanakan untuk menghasilkan modul yang sesuai di sekolah.
Program Bersama Pelajar KUIS di Masjid Muhsinin, Kuala Lumpur, April 2009
Pendekatan perbandingan agama khususnya dengan Kristian dipilih untuk memastikan para peserta akhirnya akan meyakini sesat dan salahnya agama Kristian & Bible dan secara tak langsung yakin akan kebenaran Islam dan Al Quran.
Program ini dilaksanakan selama 2 hari atau sehari penuh. Peserta akan didedahkan dengan tajuk-tajuk :
1: Asas penggunaan kitab Bible
2: Asas Ajaran Kristian menurut perspektif Islam.
3: Sejarah agama Kristian
4: Asas Islam dan Al Quran
5: Mukjizat Al Quran
Peserta akan dibekalkan dengan sebuah Bible setiap orang dan akan didedahkan dengan kepalsuan kitab ini melalui LDK-LDK yang menarik.
Program di Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) May 2009
Guru-guru sekolah, IPT, Masjid atau mana-mana institusi yang ingin melaksankan program ini sila hubungi
Ustaz Abdullah Din, SMk Dato; Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah (019-8813100), Cikgu Nasirin Abd Ghani, Sek Men Teknik Seberang Perai, Pulau Pinang (013-2069733), Cikgu Jamil Dayan, Perak (013-8517282)


[...] sekadar untuk maklumat, admin blog ini terlibat secara langsung dalam kumpulan yang menjalankan Program ‘Pemantapan Akidah’; yang diasaskan oleh Ustaz Nicholas Sylverster @ Muhammad Abdullah. Ia adalah satu program yang [...]
By: Apa Akan Terjadi Jika Kita Tukar Perkataan GOD Dalam Bible English Sebagai Allah? « STAY ALiVE 2:154 on Januari 13, 2010
at 1:21 pm