Posted by: abdullahdin | Ogos 31, 2009

KEDA PASIR PUTIH – KEMPEN SEKAMPIT BERAS

Pada 30 Ogos tepat jam 5.30 petang  rombongan ABIM daerah Padang Terap bergerak ke KEDA Pasir Putih, Kuala nerang untuk mengagihkan sumbangan beras kepada penduduk di sana. Sebanyak 68 kampit beras (lebih kurang 350kg) telah disumbangkan oleh orang ramai dari Kedah hingga ke Sabah. Kami berkumpul di Masjid Pulau Kijang dan imam masjid , Datuk Isa bin Ismail (pernah bertugas sebagai Pengarah JAKIM Sabah) membacakan doa agar perjalanan diberkati Allah swt. Sebaik tiba di Kg KEDA , wartawan SINAR, Cik Sharipah sedia menanti kami di sana. Abang Din, dan Abang Azmi mengiringi kami menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana. Nabi saw bersabda tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari yang di bawah (menerima). Adalah diharapkan para pemuda Islam mengambil iktibar dari hadis ini dan program ini mampu memupuk rasa seronok memberi dari menerima.
Sumb 10

 

 

 

 

 

 

Sumb 9

 

Sumb 8

 Sumb 1


Responses

  1. tahniah ustaz….;)
    program kt masjid pulau kijang 11hb ke?saya baru bertolak balik ke kedah malam tue.pagi 12hb baru sampai…mintak izin ustaz nk post laporan program ni kt blog saya.
    salam ziarah ke http://www.naurahalzahra.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: