Posted by: abdullahdin | November 13, 2009

PROGRAM MEMPERKASA AKIDAH SMK RAJA TUN UDA BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

Terima kasih kepada rakan sekelas saya yang pernah belajar di Maktab Mahmud satu ketika dahulu, Ustazah Hamidah yang menjemput saya dan sahabat saya Cikgu Nasirin untuk mengadakan program ini. Program ini telah diadakan pada 13 November 2009 , hari jumaat bertempat di surau sekolah. Peserta program kali ini terdiri daripada pelajar KAA dan pelajar-pelajar lain dari pelbagai tingkatan. Saya tidak pasti tahap pemahaman peserta memandangkan ada peserta daripada tingkatan satu. Ini kali kedua saya mengadakan program yang para pesertanya terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua. Walau bagaimana pun saya berterima kasih kepada pihak sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam yang bersungguh-sungguh menganjurkan program ini. harapan saya ini bukanlah kali pertama dan terakhir program ini diadakan.

 


Respon

  1. ustaz,saya student form4 sekolah ni..masa form1 smpai form3 saya kelas KAA,tapi skrang ni xla,hhe..ust,birthday saya p0n 4feb jugak,bleh geng dgn ust la mcam ni,hix2!nanti ustaz datang la lagi sini,lgp0n saya suka ceramah psal murtad ni,dapat blaja psal agma2 smawi.,teringin jugak nak taw pasal yahudi,saya nak tanya kat ust ni,ada xmalay muslim yang convert yahudi eh??…sbenarnya,ni 1st time saya dapat baca apa yang ada kat bible,dlu tringin nak tengok tapi xtw nak cari kat mna….


Tinggalkan komen

Kategori