Posted by: abdullahdin | Disember 25, 2009

2 Hari Tuan Haji Ayub di Kedah

Wacana Semasa Bersama Bekas Paderi. Begitulah nama program anjuran ABIM Kedah dengan kerjasama Masjid Yayasan Al Bukhari. Tuan Hj Ayub , seorang bekas paderi Kristian Katolik berasal dari kampung Planduk Jatuh, Pulau Pinang. Kini menetap di Sarawak bersama seorang isteri berketurunan cina dan 2 orang anak lelaki , Jesus dan Moses. ABIM negeri Kedah menganjurkan program ini dengan tujuan mengajak umat Islam mengambil berat soal pegangan akidah khususnya golongan remaja. Program pertama Hj Ayub ialah di Masjid Yayasan Al Bukhari pada pagi Jumaat 9.30 pagi.

Tuan Hj Ayub atau nama asalnya Anthonisamy Perumal Viagulam menceritakan bagaimana perjalanan hidupnya sehingga menemui Islam pada 4 September 1978.

Saya membawa Tuan Hj Ayub ke Kuala Nerang dan beliau menginap di Terap Inn, Kuala Nerang kerana pagi esoknya beliau akan berceramah di Kolej MARA Kuala Nerang. Di sini seramai 600 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan dan luar Negara menanti beliau.

Pada malam itu Tuan Hj Ayub dijemput ke Pendang Lake Resort untuk berforum bersama-sama wakil dari Myanmar, Thailand dan Cikgu Azmi Teras. Forum dipengerusikan oleh YDP ABIM Kedah , Ustaz Hafiz Mustafa Lubis. Pada hari sabtu Tuan Hj Ayub dibawa oleh sahabat saya Ustaz Zul, Setiausaha ABIM Kedah ke Tandop untuk bersama-sama kaum hawa di sana hingga tengahari. Pada petangnya Tuan Hj Ayub berceramah di Sri Mentalon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.

Program di Sri Mentalon ini adalah anjuran Ikatan Mujahid Ummah (IMAM) yang diberi nama Seminar Dakwah Non Muslim. Pada paginya Brother Kamarudin Abdullah dari Islamic Propagation Soceity International (IPSI) membentangkan kertas kerja dan pengalaman dakwahnya sepanjang 18 tahun.

Tuan Hj Ayub menyampaikan ceramahnya berkaitan pengalaman dakwahnya di Sarawak. Harapan saya kedatangan Hj Ayub dan Brother kamarudin membuka landskap baru dalam dunia dakwah di Kedah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat membawa Tuan Hj Ayub ke Kedah khususnya sahabat saya Ustaz Rashidi di Sabah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: