Posted by: abdullahdin | Januari 17, 2010

Program Bersama PUM Wilayah Persekutuan

Saudara Yusri bersama para peserta

Cuti hari ahad di Kedah sempena Keputraan Sultan Kedah pada 17hb Januari. saya mengambil peluang ini untuk mengadakan Program Perkaderan Pendakwah bersama PUM Wilayah 16-17 Januari di Masjid Muhsisin.
Peserta program kali ini tidak ramai. Mulanya rasa frust juga melihat jumlah yang tidak ramai. Tetapi bila teringat kisah perang Hunain yang dilalui oleh Rasulullah saw , rasa diri ditempelak oleh Allah swt. Kadang-kadang bila peserta ramai rasa hebat, rasa gagah dan kuat pun datang, bila sedikit rasa putus asa dari rahmat Allah mula menyelinap masuk ke dalam orang-orang yang lemah imannya macam saya. Astaghfirullah.
Saya insaf bilangan perkara no 2, yang penting usaha mesti terus dilakukan. Kadang-kadang bilangan yang sdikit itu lebih bermanfaat dari ramai.
Melaui program ini saya berkenalan dengan Ustaz Razi. Beliau ialah pensyarah di UKM, Jabatan Al Quran kalu tidak salah ingatan saya. Muda lagi orangnya, kurang lebih 30 tahun, baru pulang dari Jordan setelah menghabiskan pengajian MA di sana. Saya melihat potensi besar ustaz-ustaz muda macam ni. Besar harapan saya terhadap Ustaz Razi untuk mengembangkan usaha saya dan rakan-rakan yang melaksanakan program Memperkasa Akidah di Sabah dan Semenanjung.

Ust Razi, Pensyarah Jabatan Al Quran, UKM

2 orang peserta yang sedang mengikuti kos kejururawatan Universiti Malaya  juga adalah antara peserta yang saya harap akan menjadi penghubung bagi kami untuk mengadakan program ini di sana.

Bakal jururawat dakwah


Responses

  1. tahniah ustaz.. perjuangan yang tidak akan pandai selesai..

  2. salam..ustaz..nak tanya ..mcm mana ekh kalau saya bercita2 nak jadi jururawat..tapi masalhnya..baju jururawat tidak menepati peraturan b`pakaian yg di gariskan olh allah dalam alquran..harap respon dari ustaz


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: