Posted by: abdullahdin | Januari 3, 2010

BENGKEL PEMBINAAN BLOG DAKWAH ABIM PADANG TERAP 2010

Alhamdulillah! Bertempat di JC Smart Centre, seramai 21 orang belia dari daerah Padang Terap telah berjaya mengikuti program ini pada 1 Januari 2010. Program yang julung kali diadakan ini menjadi satu wasilah yang berkesan untuk menarik golongan remaja mendekati bidang dakwah. Remaja perlu sedar bahawa medan dakwah tidak hanya terbatas kepada ceramah dan kuliah di masjid, bahkan hanya dengan mengadap “laptop” pun mereka mampu berdakwah. Ada ketikanya dakwah yang disampaikan melalui blog tidak hanya sampai kepada umat Islam di Malaysia bahkan seluruh dunia mendapat manfaat. Itulah antara ucapan YDP ABIM negeri Kedah , Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dalam ucapan perasmiannya sempena program ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Azmy Ibrahim yang sudi berkongsi ilmu dan kemahiran sepanjang beliau mengendalikan program ini. Para peserta tentunya mendapat input yang amat berguna dari ustaz. Ustaz macam ni lah yang kita kehendaki, bukan hanya berceramah di masjid tetapi advance dalam dunia teknologi maklumat.

Advertisements
Posted by: abdullahdin | Disember 31, 2009

Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik
Waktu Solat Gerhana
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.
Cara Solat Sunat Gerhana

Gerhana Penuh Matahari
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
________________________________________
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.
• Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
• Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
• Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
• Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Matla’ Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
________________________________________
atau
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Posted by: abdullahdin | Disember 27, 2009

PROGRAM ABIM PADANG TERAP 2010

Posted by: abdullahdin | Disember 25, 2009

2 Hari Tuan Haji Ayub di Kedah

Wacana Semasa Bersama Bekas Paderi. Begitulah nama program anjuran ABIM Kedah dengan kerjasama Masjid Yayasan Al Bukhari. Tuan Hj Ayub , seorang bekas paderi Kristian Katolik berasal dari kampung Planduk Jatuh, Pulau Pinang. Kini menetap di Sarawak bersama seorang isteri berketurunan cina dan 2 orang anak lelaki , Jesus dan Moses. ABIM negeri Kedah menganjurkan program ini dengan tujuan mengajak umat Islam mengambil berat soal pegangan akidah khususnya golongan remaja. Program pertama Hj Ayub ialah di Masjid Yayasan Al Bukhari pada pagi Jumaat 9.30 pagi.

Tuan Hj Ayub atau nama asalnya Anthonisamy Perumal Viagulam menceritakan bagaimana perjalanan hidupnya sehingga menemui Islam pada 4 September 1978.

Saya membawa Tuan Hj Ayub ke Kuala Nerang dan beliau menginap di Terap Inn, Kuala Nerang kerana pagi esoknya beliau akan berceramah di Kolej MARA Kuala Nerang. Di sini seramai 600 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan dan luar Negara menanti beliau.

Pada malam itu Tuan Hj Ayub dijemput ke Pendang Lake Resort untuk berforum bersama-sama wakil dari Myanmar, Thailand dan Cikgu Azmi Teras. Forum dipengerusikan oleh YDP ABIM Kedah , Ustaz Hafiz Mustafa Lubis. Pada hari sabtu Tuan Hj Ayub dibawa oleh sahabat saya Ustaz Zul, Setiausaha ABIM Kedah ke Tandop untuk bersama-sama kaum hawa di sana hingga tengahari. Pada petangnya Tuan Hj Ayub berceramah di Sri Mentalon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.

Program di Sri Mentalon ini adalah anjuran Ikatan Mujahid Ummah (IMAM) yang diberi nama Seminar Dakwah Non Muslim. Pada paginya Brother Kamarudin Abdullah dari Islamic Propagation Soceity International (IPSI) membentangkan kertas kerja dan pengalaman dakwahnya sepanjang 18 tahun.

Tuan Hj Ayub menyampaikan ceramahnya berkaitan pengalaman dakwahnya di Sarawak. Harapan saya kedatangan Hj Ayub dan Brother kamarudin membuka landskap baru dalam dunia dakwah di Kedah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat membawa Tuan Hj Ayub ke Kedah khususnya sahabat saya Ustaz Rashidi di Sabah.

Pada 23 dan 24 Dis 09 JAWI telah menganjurkan program Kem Hafazan di musim cuti bertempat di Masjid Muhsinin KL. Di akhir program peserta telah di bawa ke Institut Al Khawarizmi. Saya telah berkesempatan memberi pengisian dalam beberapa slot sepanjang program. Yang menariknya bagi saya, inilah pengalaman pertama saya berkaitan falak syarie. Kami diberi pendedahan tentang ilmu tentang alam semesta. Saya tertarik dengan kata-kata Encik Syahrul, pegawai di Institut Al Khawarizmi “Lama dah kita asyik pandang di bawah, sesekali kita juga perlu pandang ke atas”. Walau pun bersahaja , banyak yang saya dan para peserta mendapat manfaat daripada program yang mengajak kita “pandang ke atas” ni.  Kami diberi peluang mencerap bulan dan bintang di angkasa. Para peserta juga teruja dengan pengalaman menarik di Planetarium Al Khawarizmi yang memaparkan keindahan angkasa lepas. Semuanya mendekatkan peserta kepada keagungan dan kekuasaan Allah swt. Antara bahan yang sempat saya dapat untuk tatapan tuan-tuan ialah powerpoint ini. yang lain akan menyusul.

Besar Mana Bumi Kita

Posted by: abdullahdin | Disember 20, 2009

KEMPEN PUASA 9 DAN 10 MUHARRAM

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9”. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9”. (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram”.
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Posted by: abdullahdin | Disember 15, 2009

Sepagi di Kelab Balkis, Kota Baru

Pada 9hb Disember yang lalu saya berkesempatan mengunjungi Kelab Balkis, rumah anak yatim yang berada di Kota Baru. Kehadiran saya ialah untuk mengisi slot dari jam 8 pagi hingga 12 tgh bersama para peserta program Kursus Intensif Al Quran yang berlangsung selama 21 hari di situ.

Banyak yang saya belajar di sini. Saya teringat hadis yang bermaksud “Aku dan penjaga anak yatim akan berada di syurga seperti ini (sambil rasulullah mengisyaratkan kepada dua jarinya)” Pengasas kepada rumah anak yatim ini Hjh Wan Khadijah Wan Abd Kadir atau lebih mesra dipanggil “Ma” bercerita tentang usaha beliau dan arwah suaminya mengasaskan Kelab Balkis ini.

Walau pun telah mencecah usia 73 tahun “Ma” , pengasas rumah anak yatim ini masih gigih mengusahakan Kelab Balkis ini. Sebak dada saya melihat sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau terhadap anak-anak di situ. Sesampai sahaja di Kelab Balkis saya lihat “Ma” sibuk menyuap ubat demam, batuk dsb kepada anak-anak di situ. Sepanjang hampir 4 jam saya berceramah beliau duduk di kerusi hadapan majlis mengikuti program dari mula hingga selesai majlis.

Posted by: abdullahdin | Disember 15, 2009

Cuti-Cuti di Kelantan

Buat pertama kali saya berkunjung ke Kelantan baru-baru ini setelah bertugas di Kedah. Saya bertolak ke Kelantan dengan menaiki bas dan disambut oleh sahabat lama saya Ustaz Halim Hussin. Dulu Ustaz Halim bertugas bersama-sama saya di SMK Tobobon, Sabah. Kini beliau bertugas di PPD Pasir Puteh, Kelantan.

Saya berkesempatan berceramah di Masjid Melor pada malam pertama tiba. Masjid Melor berada tidak jauh dari rumah Ust Halim. Ramai juga jemaah yang hadir malam tersebut. Ceramah saya berkisar tentang pentingnya para ibubapa mengambil berat soal anak-anak khususnya dalam perkara akidah.

Pada malam kedua pula saya diberi peluang berceramah di Masjid Genting, Tumpat. Kehadiran jemaah amat ramai. Saya teringat masjid tempat saya tinggal di Kedah… jauh bezanya dengan di Kelantan.

Posted by: abdullahdin | Disember 5, 2009

ABU ASLAM BERKUNUNG KE KEDAH

Sahabat yang banyak membantu saya di Sabah, Akriya @ Abu Aslam bersama isteri Dr Khadijah datang ke rumah saya baru-baru ini. Beliau datang sebenarnya untuk menghantar 3 anaknya ke program Kursus Bina Sahsiah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan Kursus bahasa Arab di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Beliau sebenarnya adalah rakan seusrah saya di Sabah. Saya banyak terhutang budi dengan beliau. Buku saya Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam dicetak dengan biaya beliau. Saya dan ahli usrah dulu bila berbincang tentang hadis yang melarang perasaan dengki kecuali kepada 2 jenis manusia. Salah satunya ialah seorang lelaki yang diberi kekayaan dunia lalu dia menafkahkan hartanya ke jalan Allah, kami merasakan orang itu ialah Abu Aslam.

Oleh kerana beliau dan isteri datang ke Kedah 2 hari sahaja saya tak sempat nak bawa round Kedah. Walau pun begitu kami sempat melawat 2 buah pondok di Padang Terap dan Kubang Pasu. Yang paling menarik ialah kunjungan kami ke Pondok Gajah Teriak di Bukit Wang. Tuan Gurunya ialah Ustaz Khairul, seorang ulamak muda yang sedang meningkat popularitinya di Kedah. Saya mencadangkan sesiapa yang nak tengok pondok silalah ke pondok ini. Pondok ini sangat tersusun dan terancang berbanding pondok-pondok lain di Kedah.

Posted by: abdullahdin | Disember 5, 2009

REHLAH KE PONDOK TUAN GURU HJ SALEH DAN LATA BUKIT HIJAU

Rehlah ke Lata Bukit Hijau dan Pondok Tuan Guru Salleh Hj Musa bersama Angkatan Belia Islam M’sia Padang Terap telah berjaya diadakan pada 5 Disember 2005. Rombongan kami disertai oleh 27 orang peserta , 14 leleki dan 13 perempuan. Pada awalnya jumlah peserta hampir 40 orang tetapi yang muncul di perkarangan Masjid Muazam Shah, Kuala Nerang hanya 28 orang sahaja. Apa pun saya bersyukur kerana program ini berjaya dan saya dapat merasakan para peserta puas hati khususnya lawatan dan pertemuan dengan Tuahn Guru salleh Hj Musa. Posting penuh tentang lawatan ini boleh dibaca di http:// abimpadangterap.blogspot.com. Saya hanya nak menyentuh tentang pertemuan dengan Tok Guru.

Pondok tuan guru @ lebih dikenali dengan Pondok Sik ini adalah salah satu pondok yang paling makmur di Kedah. Kuliah mingguan pada hari jumaat, dihadiri oleh lebih 3000 orang dari seluruh M’sia. Tuan Guru bercerita kepada kami ada yang datang dari Singapura semata-mata nak dengar kuliah Tok Guru. Tuan Guru Hj Salleh memberi penekanan lebih tentang pengajian Tauhid sehingga pondok ini juga dikenali dengan nama Pondok Tauhid. Say pernah mengaji dengan Tuan Guru semasa zaman persekolahan dulu sekitar awal tahun 90-an di Muassasah Darul Ulum. Tuan Guru mengajar Kitab Akidatunnajin bersama dengan Al Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Mantan Presiden PAS yang mengajar tafsir.

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori