Posted by: abdullahdin | Jun 30, 2013

Khutbah Boikot Kurma Iran

Khutbah Boikot Kurma Iran

Image

Sanggupkah anda berbuka puasa darah umat Islam di Syria?

أما بعد

وعن النعمان بن بشير رضي الله عنهما ، قَالَ : قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – : (( مَثَلُ المُؤْمِنينَ في تَوَادِّهِمْ وتَرَاحُمهمْ وَتَعَاطُفِهمْ ، مَثَلُ الجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الجَسَدِ بِالسَّهَرِ والحُمَّى )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Daripada Nukman bin Basyir  Nabi SAW: Perumpamaan orang mukmin pada kasih sayang sesame mereka, perasaan kasihan belas sesama mereka seumpama satu tubuh badan. Apabila sakit salah satu anggota seluruh anggota lain terasa sakit dengan berjaga mala dan demam. (Muttafaqun Alaih)

Inilah falsafah hubungan sesama umat Islam yang pernah mengangkat martabat umat  satu ketika dahulu di zaman kegemilangan Islam.

Tragedi berdarah yang sedang berlaku di negara Syria hari ini perlu diketahui dan diinsafi oleh umat Islam . Walaupun kedudukan geografi antara kita dan mereka jauh, warna kulit dan adat resam kita berbeza namun kita diikat dengan kesatuan akidah yang sama. Kiblat kita satu, Tuhan kita satu, Nabi kita satu. Kita diikat utuh dengan syahadah La Ila Ha IllalLah.  Bahkan bumi Syria ialah bumi Syam, tanah para Anbiyak AS.

Muslimin sidang jumaat

Presiden Basyar Al Asad telah melakukan kezaliman dan bertindak kejam terhadap rakyatnya. Mereka dibunuh dengan kejam, sebahagiannya disembelih hidup-hidup dan tidak kurang yang ditanam hidup-hidup kerana enggan mengucapkan “La Ilaha Illa Basyar”.  Bahkan Basyar mengisytiharkan perang terhadap umat Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Syria. Masyarakat dunia Islam termasuk negara kita mengutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku di bumi Syria. Apa yang menduka citakan kita, umat Islam, Iran sebuah negara syiah yang berselindung di sebalik nama Islam bertindak membantu Syria membunuh umat Islam Aswj di Syria. Iran secara terang-terang memberi bantuan kewangan, kelengkapan serta peralatan ketenteraan dan tentera demi mempertahankan Basyar yang sama-sama menganut ajaran sesat Syiah walaupun berlainan aliran. Para ulamak Islam Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al Qaradawi  yang berhimpun di Kaherah pada 4 Syaaban mengajak seluruh umat Islam agar berdoa kepada Allah agar Allah SWT menimpakan bala bencana dan  memusnahkan Iran dan tentera Syria yang zalim. Katanya

ادعو جميعا على الإيرانيين ادعو على الجيش  االظالم ادعو على الجيش السوري الظالم الذين يقتل ويذبح ويدمر  ادعو على هؤلاء الظلمة

Muslimin sidang jumaat

Sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, sempena dengan salah satu sifat Ramadan sebagai bulan rahmat dan kasih sayang sesama Islam, umat Islam diseru untuk memboikot barangan Iran khususnya KURMA IRAN demi menyatakan sikap tidak reda terhadap apa yang dilakukan oleh pihak Iran yang menganut ajaran Syiah yang sesat dan menyesatkan. Relakah saudara untuk menyumbang wang ringgit anda untuk membunuh saudara seagama di Syria? Relakah anda berbuka puasa dengan kurma yang hasilnya digunakan untuk menyembelih saudara ASWJ yang sama akidah dengan anda? Akhirnya khatib ingin mengajak para hadirin sekalian membaca

KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA

20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN

Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai  1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Pengisytiharan Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hezbollah pada 25 Mei 2013 yang mengisytiharkan penglibatan Hezbollah secara besar-besaran di di Syria adalah satu perkara yang telah menukar lanskap krisis di Syria. Krisis ini menjadi lebih buruk dan meruncing dengan penglibatan Hezbollah dalam krisis di Syria dan kesannya kita telah dapat lihat sekarang seperti yang berlaku sekarang di Syria dan Lubnan.

Justeru, Iran tidak boleh menafikan penglibatan ini kerana sumber kekuatan tentera dan persenjataan Hezbollah adalah merupakan bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Iran.

Oleh yang demikian, satu RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA’ UMMAH pada Khamis, 4 Syaaban 1434 Hijrah bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Kaherah, Mesir telah menggariskan :

“Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran.”

Gabungan Selamatkan Syria dengan komitmen penuh ABIM, IKRAM, HALUAN, SYRIA CARE, Pemuda GEMA dan AQSA SYARIF menggesa Rakyat Malaysia yang prihatin dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk memboikot KURMA IRAN dan PRODUK IRAN sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Adalah ditegaskan:

1. Kempen boikot ini tidak ditujukan kepada Syiah. Syiah tidak akan dihadapi dengan boikot tetapi dengan kempen kesedaran bagi mendedahkan siapa itu Syiah yang sebenar. Umat Islam wajib difahamkan tentang ajaran Syiah dan tipu daya mereka.

2. Boikot ini bukan ke atas Iran semata-mata, tetapi ia merupakan boikot ke atas tindakan kerajaan Iran yang membantu Bashar Assad. Tempoh boikot ini ialah sehingga Iran menghentikan sokongannya ke atas Bashar Assad. Boikot Iran secara total adalah tidak munasabah kerana kerajaan Malaysia masih lagi mempunyai hubungan diplomatik dan rakan dagang Iran. Kedudukannya adalah berbeza dengan Israel.

3. Tujuan boikot dinyatakan dengan jelas untuk membela rakyat Syria bukan ditujukan kepada Iran secara langsung. Ia adalah untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Syria dan mengecam Iran kerana bersekongkol dengan Bashar Assad melakukan jenayah kemanusiaan ini.

4. Boikot kurma Iran adalah simbolik kepada boikot produk Iran. Kerana dengan memboikot kurma Iran, akan mendorong rakyat Malaysia menolak produk Iran di pasaran. Kurma juga dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang bagi memberi kesan dan impak yang maksimum pada saat ini.

 

Akhir sekali renungilah firman  Allah SWT yang berbunyi:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

Ertinya: Sesungguhnya Allah SWT suka orang-orang yang berjuang pada jalannya berada dalam satu saf seolah-olah mereka adalah sebuah binaan yang tersusun rapi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: