Posted by: abdullahdin | November 22, 2009

IKLAN PROGRAM MEMPERKASA AKIDAH

Program ini bermula pada tahun 2005 semasa JAKIM Sabah menganjurkan Kursus Peningkatan Daie di Masjid Negeri Sabah. Tuan Hj Nicholas Sylvester telah dijemput untuk meberi pendedahan tentang ajaran Kristian selama 2 hari. Bermula dengan kursus ini di Kota Kinabalu, ia terus dianjurkan di 6 atau 7 bahagian lain di sabah antaranya Kota Marudu, Tawau, Sandakan, Keningau dll. Setelah saya dan rakan-rakan mengikuti program ini, kami merasakan ilmu yang dicurahkan oleh tuan Hj Nicholas perlu disampaikan kepada golongan sasaran khususnya remaja lantas beberapa siri perbincangan dilaksanakan untuk menghasilkan modul yang sesuai di sekolah.

Kena nyanyi lagu BibleProgram Bersama Pelajar KUIS di Masjid Muhsinin, Kuala Lumpur, April 2009

Pendekatan perbandingan agama khususnya dengan Kristian dipilih untuk memastikan para peserta akhirnya akan meyakini sesat dan salahnya agama Kristian & Bible dan secara tak langsung yakin akan kebenaran Islam dan Al Quran.

Program ini dilaksanakan selama 2 hari atau sehari penuh. Peserta akan didedahkan dengan tajuk-tajuk :

1: Asas penggunaan kitab Bible
2: Asas Ajaran Kristian menurut perspektif Islam.
3: Sejarah agama Kristian
4: Asas Islam dan Al Quran
5: Mukjizat Al Quran

Peserta akan dibekalkan dengan sebuah Bible setiap orang dan akan didedahkan dengan kepalsuan kitab ini melalui LDK-LDK yang menarik.

Program di Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) May 2009

Peserta Kursus Memperkasa Akidah Daerah Kota Setar anjuran Jabatan Pelajaran Kedah Februari 2009

Peserta membuat kajian teks Bible, Kolej Matrikulasi Pahang

Guru-guru sekolah, IPT, Masjid atau mana-mana institusi yang ingin melaksankan program ini sila hubungi

Ustaz Abdullah Din, SMk Dato; Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah (019-8813100), Cikgu Nasirin Abd Ghani, Sek Men Teknik Seberang Perai, Pulau Pinang (013-2069733), Cikgu Jamil Dayan, Perak (013-8517282)

Posted by: abdullahdin | Jun 30, 2013

Khutbah Boikot Kurma Iran

Khutbah Boikot Kurma Iran

Image

Sanggupkah anda berbuka puasa darah umat Islam di Syria?

أما بعد

وعن النعمان بن بشير رضي الله عنهما ، قَالَ : قَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – : (( مَثَلُ المُؤْمِنينَ في تَوَادِّهِمْ وتَرَاحُمهمْ وَتَعَاطُفِهمْ ، مَثَلُ الجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الجَسَدِ بِالسَّهَرِ والحُمَّى )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Daripada Nukman bin Basyir  Nabi SAW: Perumpamaan orang mukmin pada kasih sayang sesame mereka, perasaan kasihan belas sesama mereka seumpama satu tubuh badan. Apabila sakit salah satu anggota seluruh anggota lain terasa sakit dengan berjaga mala dan demam. (Muttafaqun Alaih)

Inilah falsafah hubungan sesama umat Islam yang pernah mengangkat martabat umat  satu ketika dahulu di zaman kegemilangan Islam.

Tragedi berdarah yang sedang berlaku di negara Syria hari ini perlu diketahui dan diinsafi oleh umat Islam . Walaupun kedudukan geografi antara kita dan mereka jauh, warna kulit dan adat resam kita berbeza namun kita diikat dengan kesatuan akidah yang sama. Kiblat kita satu, Tuhan kita satu, Nabi kita satu. Kita diikat utuh dengan syahadah La Ila Ha IllalLah.  Bahkan bumi Syria ialah bumi Syam, tanah para Anbiyak AS.

Muslimin sidang jumaat

Presiden Basyar Al Asad telah melakukan kezaliman dan bertindak kejam terhadap rakyatnya. Mereka dibunuh dengan kejam, sebahagiannya disembelih hidup-hidup dan tidak kurang yang ditanam hidup-hidup kerana enggan mengucapkan “La Ilaha Illa Basyar”.  Bahkan Basyar mengisytiharkan perang terhadap umat Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Syria. Masyarakat dunia Islam termasuk negara kita mengutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku di bumi Syria. Apa yang menduka citakan kita, umat Islam, Iran sebuah negara syiah yang berselindung di sebalik nama Islam bertindak membantu Syria membunuh umat Islam Aswj di Syria. Iran secara terang-terang memberi bantuan kewangan, kelengkapan serta peralatan ketenteraan dan tentera demi mempertahankan Basyar yang sama-sama menganut ajaran sesat Syiah walaupun berlainan aliran. Para ulamak Islam Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al Qaradawi  yang berhimpun di Kaherah pada 4 Syaaban mengajak seluruh umat Islam agar berdoa kepada Allah agar Allah SWT menimpakan bala bencana dan  memusnahkan Iran dan tentera Syria yang zalim. Katanya

ادعو جميعا على الإيرانيين ادعو على الجيش  االظالم ادعو على الجيش السوري الظالم الذين يقتل ويذبح ويدمر  ادعو على هؤلاء الظلمة

Muslimin sidang jumaat

Sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, sempena dengan salah satu sifat Ramadan sebagai bulan rahmat dan kasih sayang sesama Islam, umat Islam diseru untuk memboikot barangan Iran khususnya KURMA IRAN demi menyatakan sikap tidak reda terhadap apa yang dilakukan oleh pihak Iran yang menganut ajaran Syiah yang sesat dan menyesatkan. Relakah saudara untuk menyumbang wang ringgit anda untuk membunuh saudara seagama di Syria? Relakah anda berbuka puasa dengan kurma yang hasilnya digunakan untuk menyembelih saudara ASWJ yang sama akidah dengan anda? Akhirnya khatib ingin mengajak para hadirin sekalian membaca

KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA

20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN

Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai  1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Pengisytiharan Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hezbollah pada 25 Mei 2013 yang mengisytiharkan penglibatan Hezbollah secara besar-besaran di di Syria adalah satu perkara yang telah menukar lanskap krisis di Syria. Krisis ini menjadi lebih buruk dan meruncing dengan penglibatan Hezbollah dalam krisis di Syria dan kesannya kita telah dapat lihat sekarang seperti yang berlaku sekarang di Syria dan Lubnan.

Justeru, Iran tidak boleh menafikan penglibatan ini kerana sumber kekuatan tentera dan persenjataan Hezbollah adalah merupakan bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Iran.

Oleh yang demikian, satu RESOLUSI MUKTAMAR ULAMA’ UMMAH pada Khamis, 4 Syaaban 1434 Hijrah bersamaan 13 Jun 2013 yang dianjurkan oleh Ulama Ummah Muslimin yang diketuai oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Kaherah, Mesir telah menggariskan :

“Umat Islam digesa untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membela kanak-kanak Syria yang mati dibunuh di tangan Iran.”

Gabungan Selamatkan Syria dengan komitmen penuh ABIM, IKRAM, HALUAN, SYRIA CARE, Pemuda GEMA dan AQSA SYARIF menggesa Rakyat Malaysia yang prihatin dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk memboikot KURMA IRAN dan PRODUK IRAN sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Adalah ditegaskan:

1. Kempen boikot ini tidak ditujukan kepada Syiah. Syiah tidak akan dihadapi dengan boikot tetapi dengan kempen kesedaran bagi mendedahkan siapa itu Syiah yang sebenar. Umat Islam wajib difahamkan tentang ajaran Syiah dan tipu daya mereka.

2. Boikot ini bukan ke atas Iran semata-mata, tetapi ia merupakan boikot ke atas tindakan kerajaan Iran yang membantu Bashar Assad. Tempoh boikot ini ialah sehingga Iran menghentikan sokongannya ke atas Bashar Assad. Boikot Iran secara total adalah tidak munasabah kerana kerajaan Malaysia masih lagi mempunyai hubungan diplomatik dan rakan dagang Iran. Kedudukannya adalah berbeza dengan Israel.

3. Tujuan boikot dinyatakan dengan jelas untuk membela rakyat Syria bukan ditujukan kepada Iran secara langsung. Ia adalah untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Syria dan mengecam Iran kerana bersekongkol dengan Bashar Assad melakukan jenayah kemanusiaan ini.

4. Boikot kurma Iran adalah simbolik kepada boikot produk Iran. Kerana dengan memboikot kurma Iran, akan mendorong rakyat Malaysia menolak produk Iran di pasaran. Kurma juga dikaitkan dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang bagi memberi kesan dan impak yang maksimum pada saat ini.

 

Akhir sekali renungilah firman  Allah SWT yang berbunyi:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

Ertinya: Sesungguhnya Allah SWT suka orang-orang yang berjuang pada jalannya berada dalam satu saf seolah-olah mereka adalah sebuah binaan yang tersusun rapi.

Posted by: abdullahdin | Jun 30, 2013

Ust Abdullah Din

Ust Abdullah Din

Posted by: abdullahdin | Jun 24, 2013

Ust Abdullah Din

Ust Abdullah Din

Ust Abdullah Din

Posted by: abdullahdin | Jun 24, 2013

Ustaz Abdullah Din

Ustaz Abdullah Din

Ustaz Abdullah Din

Posted by: abdullahdin | Jun 24, 2013

Ustaz Abdullah Din

Ustaz Abdullah Din

Posted by: abdullahdin | Februari 9, 2010

Nadwah Islamiyyah Kolej Mara Peringkat Kebangsaan 2010

Pada 6 Februari baru-baru ini, bertempat di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota Kuantan, saya berkesempatan mengisi slot ceramah dan bengkel Pemantapan Akidah dalam program Nadwah Islamiyyah peringkat Kebangsaan.Program ini disertai oleh 200 orang peserta dari Kolej Mara seluruh tanahair.Melalui program ini saya berkenalan dengan tuan Hj Abdullah,  pengarah KPM indera Mahkota. Beliau nampak sangat prihatin dengan program-program seumpama ini.  Saya mengharapkan para peserta mendapat manfaat daripada program ini dan besar harapan saya program ini dapat dilaksanakan di kolej-kolej Mara yang lain. saya ada menyampaikan harapan saya kepada Tuan Hj Abdullah dan Cikgu Asmadi agar program ini diadakan untuk tenaga pengajar kolej Mara pada masa-masa yang akan datang.

Sebahagian peserta mengikuti program

Posted by: abdullahdin | Februari 9, 2010

KEMPEN SOLAT SUBUH SEPERTI SOLAT JUMAAT

Ada yang boleh dicontohi oleh para ahli jawatankuasa masjid hanya dengan melihat kain rentang yang saya temui di salah sebuah surau di Kuantan ini. Kita bukan ahli politik takut dikata pihak lawan “itu tiru kita la”. dakwah memang perlu tiru.

Posted by: abdullahdin | Januari 17, 2010

Program Bersama PUM Wilayah Persekutuan

Saudara Yusri bersama para peserta

Cuti hari ahad di Kedah sempena Keputraan Sultan Kedah pada 17hb Januari. saya mengambil peluang ini untuk mengadakan Program Perkaderan Pendakwah bersama PUM Wilayah 16-17 Januari di Masjid Muhsisin.
Peserta program kali ini tidak ramai. Mulanya rasa frust juga melihat jumlah yang tidak ramai. Tetapi bila teringat kisah perang Hunain yang dilalui oleh Rasulullah saw , rasa diri ditempelak oleh Allah swt. Kadang-kadang bila peserta ramai rasa hebat, rasa gagah dan kuat pun datang, bila sedikit rasa putus asa dari rahmat Allah mula menyelinap masuk ke dalam orang-orang yang lemah imannya macam saya. Astaghfirullah.
Saya insaf bilangan perkara no 2, yang penting usaha mesti terus dilakukan. Kadang-kadang bilangan yang sdikit itu lebih bermanfaat dari ramai.
Melaui program ini saya berkenalan dengan Ustaz Razi. Beliau ialah pensyarah di UKM, Jabatan Al Quran kalu tidak salah ingatan saya. Muda lagi orangnya, kurang lebih 30 tahun, baru pulang dari Jordan setelah menghabiskan pengajian MA di sana. Saya melihat potensi besar ustaz-ustaz muda macam ni. Besar harapan saya terhadap Ustaz Razi untuk mengembangkan usaha saya dan rakan-rakan yang melaksanakan program Memperkasa Akidah di Sabah dan Semenanjung.

Ust Razi, Pensyarah Jabatan Al Quran, UKM

2 orang peserta yang sedang mengikuti kos kejururawatan Universiti Malaya  juga adalah antara peserta yang saya harap akan menjadi penghubung bagi kami untuk mengadakan program ini di sana.

Bakal jururawat dakwah

Dipetik dari Blog sahabat saya Cikgu Nasirin. Untuk menonton video Bro Shahkirit sila ke http://inksensei.wordpress.com/

Sebelum berlaku sebarang salah faham & cetusan yang melulu, sekadar untuk maklumat, admin blog ini terlibat secara langsung dalam kumpulan yang menjalankan Program ‘Pemantapan Akidah’; yang diasaskan oleh Ustaz Nicholas Sylverster @ Muhammad Abdullah. Ia adalah satu program yang menggunakan pendekatan perbandingan agama melalui perbandingan antara Bible (Al-Kitab) & Al-Quran yang giat dijalankan di Sabah sebelum ini. Program ini bertujuan memantapkan aqidah pesertanya terhadap Islam melalui pendedahan mengenai kebenaran-kebenaran dalam Al-Quran, & melalui pendedahan mengenai kebatilan-kebatilan yang terdapat dalam bible. Program ini juga menyediakan pesertanya kepada asas untuk berdakwah kepada non-muslims, khususnya penganut agama kristian. Admin & ahli-ahli kumpulan ini juga turut terlibat dalam isu anti murtad, selain usaha-usaha dakwah kepada non-muslim.

Usaha ini masih terus dijalankan insyaAllah, oleh sahabat-sahabat di Sabah, Ustaz Abdullah Din di Kedah, & admin sendiri di Penang insyaAllah.

Nota dari admin:
Shah Kirit adalah antara pendakwah kepada non muslim yang sangat gigih di Malaysia. Beliau yang dulunya adalah seorang penganut hindu telah diberi hidayah oleh Allah & kini aktif dalam menerangkan Islam kepada masyarakat. Beliau pernah menghadapi pelbagai cabaran dalam berdakwah termasuklah ancaman bunuh dari penganut agama asalnya akibat salah faham yang ditimbulkan oleh mereka yang dengki.

Oleh Shah Kirit :
Apa Akan Terjadi Jika Kita Tukar Perkataan GOD Dalam Bible English Sebagai Allah??

Contohnya:

1] Jesus said: “Allah is greater than I.”- (John 14:28).
2] Jesus prayed to Allah – (Matthew 26:39).

3] Jesus said the most important commandment is “‘Hear, O Israel, the Lord our Allah, the Lord is one. Love the Lord your Allah with all your heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength.”- (Mark 12:29-30)

4] “I am Allah, and there is no other; I am Allah, and there is none like me”- (Isaiah 46:9)

5] “One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to Allah.”- (Luke 6:12)

6] “Jesus of Nazareth was a man accredited by Allah to you by miracles, wonders and … See Moresigns, which Allah did among you through him, as you yourselves know.”- (Acts 2:22)

7] “I am the LORD your Allah, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.”- (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7)

8] Jesus prayed to Allah for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent…” – (John 17:3)

Satu komen mengenai ulasan Shah Kirit ini;
Secara jujur, bilo saya baca ayat-ayat bible tadi, saya yakin orang Kristian bertambah percaya memang Allah itu Tuhan yang Esa. Malah ia membuktikan Isa iaitu Jesus bukan anak tuhan. Kita orang Islam boleh memperkukuhkan hujah bahawa doktrin trinity adalah palsu melalui kitab mereka sendiri. Itu hikmahnya yang tersirat.
inksensei:

Shah Kirit dengan ilmu & fakta berjaya menggunakan isu ini untuk menonjolkan kebatilan dalam agama kristian itu sendiri, bukan kelebihannya. Kesimpulannya, berdasarkan video & tulisan ini, pendakwah & ilmuan Islam sepatutnya menggunakan peluang ini untuk berdialog dengan golongan kristian & meyebarkan kebenaran Islam. Selain itu, para pendakwah juga perlu meningkatkan ilmu untuk berdakwah, termasuklah dalam ilmu perbandingan agama, terutamanya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama ini.

Tindakan agresif hanya akan mencetuskan konflik jika tidak dikawal dengan baik. Inilah peluang kita, kini mereka tahu betapa Islam agama yang adil untuk semua manusia & sangat mengutuk tindakan merosakkan rumah ibadat agama lain, selain mereka kini tahu Allah seperti yang disembah oleh umat Islam adalah Esa & tiada sekutuNya. Adakah kita mahu mengambil peluang ini untuk menyebarkan syiar Islam? Atau kita cuma mau menghangatkan isu tanpa sebarang tindakan konstruktif?

Ayuh sebarkan Islam saudara-saudariku. InsyaAllah, dengan ilmu, iman & amal, kita boleh lakukannya. Jika ada seorang mendapat hidayah atas usahamu, maka itu adalah lebih baik dari dunia & segala isinya.Pun begitu ingatlah, Allah tidak melihat kejayaanmu, tapi Dia melihat usahamu.

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ ڪَلِمَةٍ۬ سَوَآءِۭ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ
Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.
-Ali Imran: 64

يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِى دِينِڪُمۡ وَلَا تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡحَقَّ‌ۚ إِنَّمَا ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ وَڪَلِمَتُهُ ۥۤ أَلۡقَٮٰهَآ إِلَىٰ مَرۡيَمَ وَرُوحٌ۬ مِّنۡهُ‌ۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ‌ۖ وَلَا تَقُولُواْ ثَلَـٰثَةٌ‌ۚ ٱنتَهُواْ خَيۡرً۬ا لَّڪُمۡ‌ۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ سُبۡحَـٰنَهُ ۥۤ أَن يَكُونَ لَهُ ۥ وَلَدٌ۬‌ۘ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَڪِيلاً۬

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putra Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara.

– An-Nisak: 171
Wallahu’alam.

.

Posted by: abdullahdin | Januari 12, 2010

Allah Untuk Semua

Allah Untuk Semua
09/01/2010 — inksensei

Di saat ada satu kumpulan manusia berkumpul di kedutaan Mesir untuk membantah tindakan keji kerajaan Mesir menghalang bantuan kepada rakyat Palestine, samada melalui sekatan kepada konvoi bantuan ataupun menyekat terowong penyambung hidup rakyat di Gaza, ada satu lagi kumpulan manusia yang menumpukan perhatian pada satu isu yang saya kira, ramai yang sekadar mengikut tanpa mengkaji. Ya, mungkin ada yang marah dengan kenyataan ini & saya pasti kemarahan itu berasas, tapi marah yang sekadar mengikut tanpa ilmu & melihat realiti sebenar itu juga salah.

Di satu sudut sebenarnya apabila ada persamaan, dakwah itu lebih mudah disampaikan, & ini berdasarkan pengalaman sayasendiri secara direct dalam bidang ini di Sabah selama beberapa tahun sebelum ini. Ini memang isu penting, tapi yang lebih penting ialah; tanya diri kita; ” Apa yang kita dah lakukan untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam di negara kita? Banyak tindak tanduk kita khasnya masyarakat melayu khususnya yang menjauhkan golongan ini dari Islam sebenarnya.

Bila Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah ketika hayatnya, Baginda s.a.w. bukan sekadar berdakwah kepada orang Islam sahaja, bahkan kepada orang bukan Islam juga, & dilakukan dengan penuh hikmah & kebijaksanaan. Jangan hanya bertindak sekadar mengikut emosi semata-mata tanpa mengira apa sebenarnya yang tertulis di dalam Al-Quran.

Pada masa yang sama, beberapa gereja diserang oleh mereka yang tidak diketahui siapa, seolah-olah satu kebetulan yang datang disaat kita sebenarnya sepatutnya fokus pada isu-isu yang lebih besar dalam negara sekarang. Seakan-akan ada tangan-tangan ghaib yang sedang terseyum…Liputan mengenai bantahan atas isu kalimah Allah keluar di semua saluran media perdana, sedang bantahan terhadap kerajaan Mesir seolah-olah ditutup rapat dari umum…kenapa agaknya ya?

Baca 3 tulisan di bawah, & kalau saya perlu memilih untuk pergi ke demonstrasi mana tadi, dengan mudah saya akan memilih untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan Mesir yang menindas saudara-saudara saya di Palestin, & saya yakin insyaAllah, saya membuat pilihan yang sepatutnya

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita, moga Allah memberi hidayah kepada mereka yang belum Islam itu, & moga mereka yang sudah Islam itu faham & amalkan Islam yang sebenarnya, bukan sekadar adat atau ikut, tapi dengan ilmu & kefahaman. Pastinya kita wajib bangkit sekiranya mereka menyalahgunakan perkataan Allah itu, tapi soalnya sekarang, adakah itu yang berlaku? Atau kita yang sedang disalahgunakan?

Saya mohon keampunan Allah, & saya mohon kemaafan jika ada salah dalam tulisan ini.

Tulisan di bawah dipetik dari http://harakahdaily.net/v2/
Dr Dzulkefli Ahmad

Saya amat insaf isu penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Katolik Kristian di negara ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi buruk seandainya penganut Islam dan penganut agama lain khususnya Kristian gagal mengawal emosi dan tidak faham isunya yang sebenar.

Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik PAS Pusat ketika melangkah masuk ke dewan mesyuarat, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada malam Isnin, 4 Januari 2010. Silap haribulan, dalam PAS pun boleh berlaku kebrentakan.

Bermain di minda penulis adalah kesan impak dan senario, akan akibat keputusan yang bakal diambil. Berlatarbelakangkan demografi negara atau kependudukan dan pengundi yang bersifat 60-40 atau “Mixed”, kesan “senjata dua mata” atau “double-edged sword” ini tidak dapat dielakkan. Ada yang suka dan menyokong dan tentunya ada yang akan kecewa dan marah.

Namun, penulis berazam dan mahukan keputusan yang bakal dicapai adalah satu yang dirumuskan dengan segala pertanggungjawabannya. Ya betul perhitungan politik yang bijak dan waras itu penting, tetapi dasar yang berdasarkan hujjah dan sandaran Al-Quran mesti jelas dan teguh dahulu.

Penulis benar-benar menarik nafas lega dengan keputusan. Keputusan lujnah telah pun diumumkan dan tentunya penulis tak boleh menceritakan apa yang yang berlaku di sebalik dewan tertutup itu untuk hampir tiga jam. Berikut adalah penulisan secara ilmiah sebagai perkongsian untuk tatapan umum.

Kerana kekangan ruang, isu ini wajar dilihat penulis dari 2 aspek penting.
i. Perspektif Al-Quran atau Hukum dan
ii. Perspektif Pentadbiran atau Perundangan dan kalau sisi pandang PAS apa yang dikatakan sebagai perkiraan Siasah Syariah atau Siasah dari kacamata Syariah atau tegasnya kesan baikburuk mengikut pandangan Syariah.

Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa KDN salah dalam pengharaman itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Saya cuba huraikan kemudian secara ringkas.

Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah “Allah” sejak 150 tahun lalu. Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara. Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama “Allah” oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.

Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam? Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?

Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.

Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq. Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah). Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Uluhiyah).

Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 :

“Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”. Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.

Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat “Rububiyah”(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).

Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.

Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat “persaudaraan agama samawiyat”, paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.

Perhatikan ayat di seterusnya ini. Allah sebutkan dalam Al-Quran:

“….kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri”…..

Surah Al-Angkabut:46.

Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima “Allah”, walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.

Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi. Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.

Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama “Allah”, maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama “Allah” itu. Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.

Hal ini juga dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri . Ini aspek pengurusannya atau Siyasah Syariahnya, supaya dijaga maslahahnya dan dijauhkan mafsadah atau kemudharatanya. Jelasnya begitu.

Sebenarnya, perkara itulah yang dimaksudkan dengan Perkara 11(4) dan 11(5) dalam Perlembagaan Persekutuan supaya di pihak berwajib menjaga pentadbiran kebebasan bergama supaya tidak timbul huru-hara dan ketidakstabilan dan dikekalkan keharmonian. Pada waktu yang sama agama lain tidak boleh berdakwah kepada orang Islam seperti Perkara 11 (4). Ini wajib dijaga dan perlu juga peraturan. Adakan peraturan. Jangan haramkan penggunaan nama Allah, tak selesai masalah.

Sebab itu juga keputusan PAS menekankan supaya jangan ada pihak yang terlalu agresif dan melakukan provakasi sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian antara agama dan konflik antara kaum-budaya.

Itu saja. Mengapa sampai nak berperang? Mengapa sampai nak berdemonstrasi? Kata 1-Malaysia? Mengapa perlu menimbulkan kesangsian dan syak wasangka sehingga menjejaskan keharmonian antara agama? Siapa yang mempolitikkan isu ini?

Pada saya yang lebih penting dari memperjuangkan isu nama “Allah” itu, ialah memperjuangkan Apa yang Allah perintahkan kepada kita ummat Islam, termasuk menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran termasuk membenteras rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, membasmi kemiskinan, kezaliman dll!

*Dr.Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor

Older Posts »

Kategori